Tuesday, March 30, 2010

Apa kata Ustaz Umno

Apakah benar Malaysia dilanda dengan masalah sosial yang teruk? Atau sebenarnya perkara ini sudah lama berkepuk dan bernanah busuk, namun disembunyikan demi kepentingan politik dan kuasa masing-masing. Alangkah malang nya kita..

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita.

Jom teka... tahun 2010 berapa ramai pulak bilangan anak luar nikah ni.....

Monday, March 15, 2010

Mufti Perlis dikecap Mingguan Malaysia Umno

Isu Dr Asri Bukti Utusan Bukan Wadah Pemikiran Rakyat

KUALA LUMPUR 15 MAC: Berita bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak lagi menulis sebagai kolumnis Mingguan Malaysia, sebuah akhbar arus perdana mendapat perhatian Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, Utusan Malaysia yang menjadi induk kepada Mingguan Malaysia bertindak demikian kerana tidak mahu rakyat menerima pandangan yang berbeza dari pegangan kerajaan Umno BN.

Tindakan itu, kata bekas kolumnis Utusan Malaysia itu, menunjukkan akhbar kawalan Umno BN itu masih belum layak menggelar akhbar mereka sebagai wadah pemikiran rakyat.

“Bagi saya, Utusan masih belum bersedia sebagai wadah pemikiran rakyat kerana saya cakap mindanya sekarang minda digital tetapi Utusan nampaknya masih lagi analog," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar beranggapan, pandangan Dr Asri yang agak kritikal terhadap kerajaan kebelakangan ini, tidak wajar dijadikan alasan kolumnis ditukar.

“Tidak seharusnya perkara itu berlaku walaupun ada perbezaaan pendapat. Memang pandangan Dr Asri adakalanya kritikal terhadap kerajaan. Jadi kalau ia alasan untuk menutup ruang kebebasan pemikiran, ia tidak wajar," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk A Kadir Jasin menegaskan setiap akhbar mempunyai hak untuk mengambil mahupun membuang mana-mana penulis jemputan pada bila-bila masa.

"Adalah hak pengarang untuk mengambil dan membuang penulis jemputan,” tegasnya tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

Monday, March 8, 2010

beli MP untuk kuasai 2/3




sedang elok "puncak" menikmati keindahan nasi lemak antarabangsa tetibe dtg sekumpulan golongan elit berumur lingkung 40-an berpakaian ala2 VIP lahattullah yang bajunya maju kehadapan. (ibu puncak kata kalu maju kehadapan tu tanda kekayaan lelaki..betol kew ibu..kalu kat kampung dulu memang lew..tp kalu dalam dunia koruption ungok ni ibu..puncak rase undi sekeping pun dah boleh kaya...ape ntah lagi kalu busness beli MP..kaya memang kaya..)

puncak meneruskan suapan nasi ini satu persatu sambil menelek gerak geri perbualan mereka..seterusnya..haaaaaaaaa.saat yang dinantikan..betul tekaan puncak mereka semamangnya politikal mind..cerita pun bermula..blaaa...bla..bla...sehingga puncak dah xde mood nak makan..tp puncak teruskan makan juga pasal ibu xpenah ajar membazir makanan..tak macam ada golongan elite tu..mkn nak yang lembut..minum nak yang keras..girlfriend nak yang monggolia ke monggol..ntah..kesah la..tpi kesimpulanyya, Umno sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kuasa 2/3 dalam Dewan Rakyat dengan membeli wakil rakyat Pakatan. Ia membolehkan pindaan perlembagaan dibuat. Antaranya untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi menghadapi raya umum ke-13.

Saturday, March 6, 2010

Dr. Khir Toyo kritik Noh Katik




perbalahan sedang mula mencari puncaknya.
Dr. Khir Toyo sedang asyik mengkritik tindakkan Noh Omar berkaitan isu kotak ikannya.
Dalam kritikannya itu, beliau mengatakan bahawa tindakan Noh Omar itu berbau politik dan tidak proaktif dalam menangani isu yang melibatkan pengguna. Dr. Khir juga berkata tindakan Noh Omar, bukan sahaja menjejaskan para nelayan, penjual ikan dan juga penjual malah tindakan tersebut akan membebankan rakyat. Hal ini di jangkakan berlaku kerana tindakan menetapkan syarat penggunaan kotak ikan baru itu menyebabkan para penjual ikan menaikkan harga jualan mereka bagi mengatasi kos perbelajaan kotak ikan tersebut.

Tambahan lain, Khir Toyo menegaskan bahawa kesan dan tindakan Noh Omar akan menyebabkan kesan jangka masa panjang terhadap pembangunan rakyat. Sepatut, dalam mengorak langkah dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan, beliau harus fokus dan telus dalam merangka pembangunan untuk menambat hati rakyat.