Saturday, June 5, 2010

Be End -BN

Heboh dengan isu wakil rakyat PKR yang bertukar menjadi ‘Katak’ baik yang melompat masuk ke tong sampah Bebas dan tak kurang yang melompat masuk ke tong taik UMNO (saja je nak buat ayat bagi panas supaya geng UMNGOK tak suka nak baca). Pelbagai ulasan dapat kita dengar dari individu-individu yang mengulas isu ini dari pihak Pakatan Rakyat sendiri mahupun di pihak UMNO dan Be End.

Secara ringkasnya di pihak Pakatan Rakyat, mereka menyifatkan isu Katak jadian ini sebagai proses pembersihan dalaman PKR yang khusus serta Pakatan Rakyat secara amnya. Sementara itu di pihak UMNO mereka mengulas bahawa isu Katak jadian ini tidak bermakna UMNO semakin kuat dan mereka dinasihatkan agar jangan terlalu gembira. Ya betul, ulasan dari pihak Pakatan Rakyat ada kebenarannya manakala ulasan dari pihak UMNO sangatlah benar.

Sedar ataupun tidak sebenarnya isu yang dicetuskan oleh UMNO serta penjelmaan katak jadian ini secara di luar sedar memberi padah yang buruk kepada UMNO dan Be End secara amnya. Ibarat UMNO sedang menggali satu lubang besar yang mana mereka akan ditendang masuk ke dalam lubang itu apabila sampai masanya untuk dikambus menjadi pusara UMNO. Atau ringkasnya seperti pada tajuk di atas, “UMNO menggali lubang lubang kuburnya sendiri”.

Mungkin teori ini sekadar spekulasi aku namun anda nilailah sendiri kebenarannya. Selama ini UMNO tidak henti-henti memainkan isu kononnya DAP menindas orang Melayu, DAP ingin menghalau orang Melayu dan pelbagai lagi isu perkauman untuk menambah kebencian orang-orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu kalimah Allah yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat. Sekiranya UMNO tidak berniat jahat isu sensitif ini sepatutnya diselesaikan secara dalaman bagi memelihara kestabilan masyarakat. Tetapi perkara sebaliknya berlaku, mereka memilih untuk ‘pukul canang’ supaya rakyat benci kepada Pakatan Rakyat.

UMNO perlu ingat tidak semua penyokong Pakatan Rakyat yang sedia ada akan terpedaya dengan isu perkauman dan isu agama yang ditimbulkan oleh UMNO. Golongan yang berubah haluan dari menyokong UMNO kepada menyokong Pakatan Rakyat telah melalui perubahan yang sukar, dan sudah tentu mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah UMNO. Malahan strategi UMNO memainkan isu perkauman menjadikan Be End akan terus ditentang oleh kaum cina dan India.

Isu penindasan Melayu dan isu kalimah Allah yang dimainkan oleh UMNO akan menjadi lubang kubur yang luas untuk Be End. Golongan cina dan India pastinya akan menentang konsep ‘ketuanan Melayu’ dan isu ‘kalimah Allah’ yang dicanangkan oleh UMNO untuk melobi politik sempit mereka. Kaum cina dilihat tiada lagi tempat mengadu. Ke mana mereka harus pergi? Nak harap MCA? Sudah tentu tidak, masaalah dalaman MCA semakin meruncing lebih-lebih lagi dengan perletakan jawatan oleh pelakon lucah paling hot di dalam parti tersebut bersama 7 lagi ahli jawatan kuasa tertinggi MCA hari ini. Pilihan yang ada kini hanyalah DAP yang dilihat konsisten membela nasib kaum cina.

Begitu juga dengan kaum india, isu dalaman MIC akan menghalakan penyokong-penyokong india kepada Keadilan kerana MIC dilihat tidak lagi konsisten membela nasib kaum India lebih-lebih lagi berkenaan isu Hindraf yang lalu. Asakan demi asakan yang dilakukan lebih kepada PKR manakala PAS dilihat sebagai ‘clean’ kerana tumpuan media UMNO lebih kepada menghancurkan PKR. Jadi sebilangan besar orang Melayu Islam akan terus menyokong PAS lebih-lebih lagi penyokong setia PAS.

Cubaan UMNO meraih sokongan Melayu dengan menggadaikan sokongan bukan Melayu merupakan satu percaturan yang sangat berisiko. Katak-katak PKR tidak memberi kesan kepada penyokong bukan Melayu lebih-lebih lagi Katak-katak ini keluar melompat dengan alasan-alasan perkauman dan agama yang lebih berkaitan kepada Melayu dan Islam. Mungkin hanya sedikit sokongan Melayu atas pagar yang mungkin Berjaya diraih. Selamat berkubur pada PRU 13 wahai UMNGOK insya Allah.....

No comments:

Post a Comment